Bosch GST 80 Professional

Setelah bebarapa hari mencari maklumat beberapa model JigSaw dalam talian dan bertanyakan rakan-rakan yang sudah memiliki JigSaw, saya tertarik dua model iaitu keluaran Bosch dan Dong Cheng. Maklumat ini boleh diperolehi di Portal Lazada Malaysia, Portal Lelong, Portal 11Street.

Reka bentuk JigSaw Bosh yang saya kehendaki menepati kehendak saya. Walau bagaimanapun ia agak mahal berbanding dengan Dong Cheng. Reka bentuk Jig Saw Dong Cheng yang saya idamkan lebih kurang sama dengan Bosch yang saya idamkan. Masalahnya belum ada geng yang pernah menggunakan produk Dong Cheng. Review tentang model JigSaw Dong Cheng juga sangat kurang. Ini antara sebab saya mengenepikan model JigSaw Dong Cheng. Selain itu plug Dong Cheng sangat tidak ngam di hatiku.

Dong Cheng M1Q-FF-85

Saya jatuh hati akan Bosch GST 80 Professional tetapi nampaknya saya kena tangguhkan lagi niat saya untuk mendapatkannya sehingga lepas raya kerana takut pos laju cuti sebab saya kira dapatkan JigSaw ini secara online. 

Ciri-ciri terbaik model Bosch GST 80 Professional menyebabkan saya jatuh cinta akannya. Melalui review di Youtube, saya dapati model ini sangat laju memotong kayu walaupun kayu yang tebal dipotong. Design Bosh GST 80 Professional juga nampak kukuh dan kemas serta cantik. Gear housing dibuat daripada aloi  yang kebiasaannya dibuat daripada plastik. Banyak lagilah ciri-ciri menarik JigSaw Bosh GST 80 Professional ni.. Jika anda niat hendak membeli JigSaw, tengok-tengok dulu model yang saya nyatakan. Tidak kenal maka tidak cinta.

Saya akan menulis lagi apabila saya berjaya mendapatkan JigSaw Bosh GST 80 Professional kelak.


Post a Comment