Sesiapa sahaja yang suka membeli belah dalam talian pasti tahu portal beli belah online yang paling popular. Portal online shopping yang popular adalah portal yang akan menjadi tumpuan para kaki shopping online. Sudah menjadi trend rakyat Malaysia moden yang lebih gemar membeli belah secara online.

Di sini saya senaraikan 4 portal online shopping yang kerap saya berurusan. Ini bermakna kalau saya membeli sesuatu benda saya akan kunjungi 4 portal ini bagi membuat perbandingan harga. Selain itu kalau saya membeli produk dari luar negara, saya akan melayari portal ini kerana melalui portal ini ada produk boleh diterbangkan terus dari Jepun atau Korea.

Inilah portal yang saya anggap portal online shopping yang paling popular di Malaysia sebab menyediakan pelbagai barang untuk semua generasi dari bayi hingga orang tua. Susunan ini adalah mengikut ranking saya sendiri dan bukan pendapat orang ramai...

1. Lazada Malaysia
Menawarkan pelbagai jenis barang daripada barang pakaian, elektronik, pertukangan dan sebagainya. Lazada kerap melakukan jualan murah pada perayaan-perayaan tertentu seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya, Krismas dan jualan hujung tahun. Oleh itu jangan lupa berkunjung ke lazada pada masa-masa yang dinyatakan.

Bagi mendapatkan harga yang lebih murah juga, saya sarankan anda muat turun aplikasi lazada. Dengan memuat turun aplikasi lazada anda boleh membeli belah menggunakan gajet seperti tabs dan smartphone. Download Lazada Mobile App

2. Lelong.com.my
Banyak pilihan barangan yang terdapat di Lelong yang terdiri daripada pakaian, elektronik, dan sebagainya. Harga yang di tawarkan juga sangat berbaloi cuma kadang-kadang kos penghantaran di lelong tidak masuk akal.

3.Qoo10
Portal ini menyajikan pelbagai produk luar negara terutama dari Korea dan Jepun. Jadi jika anda berminat bagi mendapatkan produk luar negara kunjungi portal ini.

4. Zalora
Zalora Malaysia menjual lebih kepada fashion iaitu pakaian dan kasut serta aksesori wanita. Saya mengunjungi portal ini apabila membeli pakaian sukan dan membeli pakaian untuk isteri saya.

Anda boleh membeli belah di Zalora Malaysia menggunakan smartphones atau tablet dengan memuat turun aplikasi Zalora. Download Zalora Mobiles App.

Post a Comment