Hari ini merupakan hari terakhir umat islam menunaikan ibadah puasa. Mengambil kata-kata seorang sahabat, igufran percaya bagi yang berjaya menyelesaikan ibadah puasa, ia merupakan satu kejayaan buat dirinya. Bagi perusuh islam Low Yat, puasa mereka sudah tamat pada saat mereka merusuh, mencederakan dan memusnahkan harta orang lain. Kawan igufran yang beragama islam pernah cakap orang islam yang gagal mengawal nafsu semasa bulan puasa, ibadah puasanya batal. Sejauh mana kebenarannya, selaku penganut agama Katolik, igufran sekadar mendengar.
Igufran bukan seorang yang fanatik. Igufran sentiasa bersedia mendengar pandangan yang dikemukakan oleh rakan-rakan sekerja yang beragama islam. Secara jujurnya kawan-kawan igufran yang beragama islam semuanya baik-baik belaka dan tidak sedikitpun menunjukkan unsur-unsur extermis.
Mengimbas kembali peristiwa Low Yat, seorang pemuda Cina yang baru selesai menikmati makan malam diheret keluar dari kereta proton wira oleh mereka yang beragama islam. Tidak cukup diheret, beliau dibelasah sehingga tidak bermaya. Mengapa dia yang tidak ada kena mengena dengan bisnes di Low Yat dibelasah tanpa rasa belas kesihan dilayan seperti binatang? Begitukah ajaran islam? Memang begitukah ajaran islam? Mereka yang tidak bersalah juga dibelasah? Jika ini dikatakan perkauman, ia sangat tidak masuk akal. Mengapa ada mamak yang beragama islam berada di kawasan itu turut sama merusuh? Contoh terbaik seorang yang berjawatan dalam umno yang turut ditahan oleh polis rasanya bukan Melayu tetapi mamak. Bukan susah membezakan antara ayam denga itik.
Rusuhan di Low Yat sebaiknya tidak dikaitkan dengan agama mahupun kaum. Walaupun perusuh itu beragama islam tetapi pada pendapat igufran ia pada nama sahaja. Mereka itu tidakpun mengamalkan ajaran agama mereka. Walaupun perusuh melaungkan Allahuakbar sambil disusuli dengan maki hamun ( rasanya bukan ajaran islam ) tetapi itu bukan menggambarkan mereka mengamalkan ajaran islam. Meraka hanya menggunakan islam untuk mencapai tujuan jahat mereka. Kawan igufran pernah berkata islam ini indah. Igufran keliru..Di mana letaknya keindahan islam? atau adakah mereka yang merusuh itu adalah mereka yang menganut islam tetapi tidak mengamalkan ajaran islam?
Peristiwa Low Yat lebih kepada sikap individu yang memang bersikap panas baran dan tidak dapat mengawal emosi. Mereka mahu tunjuk hero tetapi tidak kena pada tempatnya. Akhirnya mereka terjerumus dalam memalukan agamanya sendiri. Kebanyakan pemerhati lebih memandang kepada agama kerana mereka yang merusuh terdiri daripada pelbagai kaum termasuk mamak yakni golongan paria.


Post a Comment