Hari ini cerita pasal beli belah online untuk barang murah khusus untuk kaki shopping yang jauh dengan shopping kompleks terutama ni F.O.S atau Factory Outlet Store. Saya kalau pergi mencari pakaian di shopping kompleks pergi cari F.O.S dulu sebab pakaian yang dijual di sini jauh lebih murah berbanding dengan butik pakaian pakaian lain. Saya fikir bukan sahaja yang berasakan pakaian di F.O.S murah tetapi mereka yang bersesak-sesak masuk ke kedai juga. Ada orang cakap pakaian di F.O.S itu pakaian rejek tapi saya nempak semuanya serba sempurna. Mungkin kerana harga murah itulah orang ingat pakaian rejek.
Factory Outlet Store menawarkan pelbagai pakaian berjenama seperti seperti Abercrombie, Tommy Hilfiger, Ralp Lauren, Paul Frank, GAP dijual murah bukan kerana pakaian rejek (betulkan saya kalau silap). Harga yang ditawarkan di butik F.O.S murah sebab mereka beli terus dari kilang. Tidak menggunakan orang tengah yang pungut GST yang kemudian F.O.S kenakan lagi kita GST. Selain menawarkan pakaian harga murah dan berjenama, butik F.O.S juga menawarkan pakaian untuk peringkat umur kanak-kanak sehinggalah peringat dewasa, pakaian lelaki dan wanita.
Bagi yang tidak berkesempatan membeli belah di F.O.S sebab jauh dari shopping kompleks, jangan susah hati kerana anda masih boleh bershopping di F.O.S walaupun hanya duduk-duduk di rumah. Bezanya anda tidak nampak gadis-gadis jelita, pemuda-pemuda yang kacak dan tidak boleh try pakaian (tahulah sais sendiri).Itu semua tidak penting asalkan keinginan anda mendapatkan pakaian berjenama lagi murah dapat di realisasikan. Jadi tunggu apa lagi, membeli belahlah di F.O.S secara online dengan mengunjungi portal F.O.S atau Factory Outlet Store Online.
Ingin berjimat untuk mendapatkan pakaian berjenama pergilah membeli belah pakaian di F.O.S. Kalau nak berjimat banyak seperti mengelak kos minyak petrol, bayaran parking atau tambang bas, beli belah di F.O.S secara online. Layari Factory Outlet Store Online.



Post a Comment