Pagi tadi saya dimaklumkan oleh kawan saya bahawa si Dong Cheng sudah ada beberapa hari tunggu saya di kedai. Kawan saya juga tolong saya pesan sama tuan si Dong Cheng tunggu saya untuk beberapa hari lagi sebelum pergi kepada orang lain kerana dia bagi tau saya sedang sibuk.

Sebelum saya pergi ke kedai, pada pagi tadi saya ada dibagi tau oleh kawan saya bahawa si Dong Cheng sangat cantik dan boleh tahan lama, menguatkan semangat saya untuk berjumpa dengan dia pada petang nanti.

Petang, saya pergi bandar Tawau, bawa isteri bersama untuk melihat sendiri si Dong Cheng. Saya begitu teruja dan senang hati sebab isteri saya turut ikut. Isteri ikut bermakna dia setuju saya bawa balik si Dong Cheng.

Sampai di kedai, isteri tidak mahu turun. Sedikit kecewa sebab perancangan awal biar sama-sama jumpa dia. Saya takut kalau-kalau isteri berubah fikiran.

Masuk dalam kedai saya perkenalkan diri. Tuan angguk kepala dan bawakan saya Si Dong Cheng. Mata saya hanya tertumpu sama dia sahaja.

Saya tanya Tuangnya sama ada boleh pegang-pegang atau tak. Tuannya cakap, jangankan pegang, try pun boleh jadi saya di bawa ke suatu tempat untuk try si Dong Cheng. Setelah beberapa lama try, saya bagitau Tuannya yang saya mahu bawa si Dong Cheng pulang. Runding punya runding akhirnya saya bagi tuan si Dong Cheng sejumlah wang.

Masuk kereta, isteri cakap cantiknyaaa baju si Dong Cheng jadi saya pun senang hati. Ini bermakna isteri saya pun suka juga sama si Dong Cheng.

Samapai rumah, isteri masuk bilik sebab kepenatan. Saya pula terus buka baju si Dong Cheng sambil tengok-tengok badannya.

Sekali lagi test si Dong Cheng. Kali nisaya  suruh dia makan kayu, dilahapya. Saya ambil batang paip yang kawan saya bagi, Suruh di Dong Cheng makan, juga dilahapnya. Paling mengejutkan, batang besi 2 inci tak sampai seminit di makannya. Memang hebatlah awak Jigsaw Dong Cheng.

Terima Kasih sahabatku Cikgu Hou tolong saya dapatkan Jigsaw Dong Cheng pada harga murah.


Post a Comment