Dailymail mengatakan mangsa, Nishanthan Gnanathas berusia 32 tahun ditolak atas alasan bergurau sekumpulan 12 orang kawannya.
Selepas Nishanthan gagal timbul, dua orang rakannya bergegas terjun dan menyelam untuk menyelamatkan mangsa namun beliau gagal ditemui.
Anggota Pencari dan Penyelamat kemudian mengerahkan 30 anggota, bot polis dan sebuah helikopter untuk membantu operasi mencari.
Ketua Polis Maritim, Malaquais Dominguez menyifatkan kematian Nishanthan sebagai tragik.
Keluarga Nishanthan pula tidak akan mendakwa mereka yang terlibat dalam insiden tersebut kerana 'mereka tidak berniat jahat'.
Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran buat kita semua. Kalau nak bergurau jangan sampai menyakitkan fizikal orang lain, apatah lagi melibatkan kehilangan nyawa.


Post a Comment