Dalam beberapa hari ini bekalan elektrik di tempat saya kerap terputus. Terputus bukan alang-alang lamanya. Kadang-kadang sampai 5 jam. Kalau tenaga terputus pada siang hari tidak mengapa sebab pada waktu itu masih lagi duduk-duduk di ofis, tapi kalau bekalan terputus pada waktu malam, tidak dapat tidurlah jawapannya. Macam mana dapat tidur, sudahlah panas, sang nyamuk pun mengganas.

Saya memikirkan cara mengatasi masalah ini untuk jangka masa pendek terutama sekali mengatasi suhu panas apabila tiada bekalan elektrik pada waktu malam. Saya pergi ke beberapa kedai elektronik terdekat untuk mencari kipas angin yang menggunakan kuasa elektrik. Kebanyakan yang dijual macam kipas mainan sahaja iaitu bilah kipas diperbuat daripada kertas.

Balik rumah, terfikir membeli belah secara online. Tanpa buang masa, buka komputer dan melayari Lazada Malaysia kemudian saya taip kata kunci "12v dc fan" dan keluarlah deretan produk kipas yang menggunakan kuasa DC, tinggal saya memilih model yang saya sukai.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk rembat salah satu model kipas angin menggunakan kuasa DC bateri solar bersaiz 11 inci. Saya beli kipas menggunakan kuasa DC bateri solar sebab kalau tidak ada karan saya boleh guna kipas ini dengan hanya menggunakan bateri Lead atau bateri kereta. Kehkehh..

Kipas angin ini mempunyai dua kelajuan. Kalau mahu lebih sejuk boleh pilih suis yang lebih laju. Angin yang dihasilkan pula agak memuaskan dan bolehlah menyejukkan suhu pada waktu malam. Tidak perlu lagi ambil kertas tebal untuk mengipas diri sendiri dan anak. Kompenan kipas angin ini dibuat daripada aluminium termasuk dia punya blade. Cuma satu masalah kecil iaitu kabel yang disertakan merupakan kabel solar. Oleh itu kena buat sedikit pengubahsuaian. Ia tidaklah teknikal sangat dan mudah dilakukan. Mahu cepat, anda boleh potong kabel solar atau buat tambahan wayar. Bagi saya lebih baik buat tambahan wayar mana tahu suatu hari nanti membeli solar panel pula. Gambar atas tu yang sudah diubahsuai. Kena tebuk lubang untuk tempat masukkan wayar.

Saya berikan 4 bintang untuk kipas angin ini. Hilang satu bintang sebab ia merupakan kipas angin menggunakan kuasa DC tetapi tidak pula disertakan wayar untuk bateri. Walaupun masa mengubah suai kurang 15 minit tapi saya lebih suka kalau pasang dan guna. Lain-lain saya sangat berpuas hati. Haha..simple punya review. Kalau suka cari saja di Lazada Malaysia.

Terimasss

1 Comments

Post a Comment