Mata terasa pedih tidak semestinya anda menghidap penyakit mata yang juga selalu orang sebut mata merah. Boleh jadi mata terasa pedih disebabkan oleh masalah lain seperti silau, mata penat atau bola mata kering.

Baru-baru ini saya mengalami masalah mata terasa sangat pedih tetapi biji mata saya tidak merah seperti kebiasaan apabila menghidap penyakit mata. Mata saya cuma terasa sangat pedih apabila melihat cahaya yang terang dan terkena tiupan angin sama ada angin semulajadi atau angin daripada aircond kereta. Keadaan ini menyebabkan saya tidak selesa buat kerja sebab mata sentiasa main mata. Entah-entah ada rakan sekerja ingat saya main mata sama sedang menggatal sama gadis-gadis jelita di tempat saya bekerja.

Saya bertanya kepada beberapa orang rakan yang memakai cermin mata kalau-kalau mereka pernah mengalami masalah sama seperti yang saya alami. Ada kawan suspek saya menghadapi masalah silau dan tidak kurang yang bagi tau mungkin mata saya kepenatan.

Memandangkan masalah mata pedih semakin tidak tertahan, akhirnya saya pergi ke kedai optikal untuk minta cek mata kalau-kalau saya ada masalah silau. Hasilnya ia sangat merunsingkan saya kerana didapati mata saya tidak ada pun masalah silau. Ini menyebabkan bermacam-macam andaian timbul dalam fikiran saya.

Pada hari esoknya saya pergi ke kedai optikal yang mempunyai doktor seperti yang dicadangkan oleh bapa mertua saya. Saya memberitahu kesemua masalah mata saya kepada doktor yang memeriksa saya. Biasalah kasi tau masalah sama doktor sebelum diperiksa kan..Setelah melakukan pemeriksaan, doktor bagi tahu mata saya sangat kering sebab itu mata terasa pedih. Doktor rekomenkan saya lubricant eye drops jenama alcon bagi mengatasi masalah mata kering.

Terima kasih doktor, selepas menghabiskan 2 kapsul pelincir titis mata, mata saya baik sepenuhnya. Saya tidak lagi mengalami mata pedih. Saya tidak lagi main mata sama kawan-kawan sepejabat. Saya tidak lagi pakai cermin mata gelap dalam pejabat yang nampak macam seorang temberang.

Untuk makluman anda, pelincir mata ini tidak ada dijual di kebanyakan kedai optikal. Namun jika anda tidak menjumpai benda ini farmasi, anda boleh mendapatkannya secara online di Lazada Malaysa dengan kata kunci "tears naturale free" pada harga RM40, sama seperti di kedai optikal tempat saya beli.

Terima kasih kerana membaca post express ini.

Post a Comment