Dua hari lepas saya membeli dua set XGear H2 Foldable Portable Notebook Laptop Dining Desk Bed Table Stand di Lazada Malaysia. Saya mengambil dua set supaya dua orang anak perempuan saya tidak berebut menggunakannya jika kebetulan serentak menggunakannya. Lagi pun kalau masing-masing ada, mereka akan masing-masing menjaga harta peribadi dengan baik.



Hari ini tepat pukul 10.24 pagi saya menerima bungkusan saya yang dihantar ke pejabat. Syukurlah sebab saya menerima bungkusan itu dengan selamat.

Saya mengambil keputusan membeli meja katil ini apabila saya mendapati anak-anak saya sering membuat kerja rumah duduk di atas katil dengan bermejakan lutut masing-masing. Walaupun saya sudah belikan mereka meja belajar tatapi mereka hanya menggunakannya apabila saya duduk sama-sama dengan mereka. Sebaik saya keluar dari bilik anak-anak akan duduk di katil untuk membuat kerja rumah. Apabila saya tegur, anak-anak akan bagi alasan tidak selesa. Mungkin juga meja agak tinggi bagi anak-anak.



Teringat akan drama Korea di mana apabila sakit, pesakit makan atas katil menggunakan meja kecil. Tanpa buang masa saya menghadap komputer dan melayari portal Lazada Malaysia lalu mulakan carian dengan kata kunci "portable table" lalu muncul lah pelbagai jenis meja kecil.

Secara peribadi, saya sangat berpuas hati dengan meja katil yang baru sahaja saya terima. Masa saya menulis review ini anak saya sedang menggunakannya. Produk yang dihantar adalah sama seperti yang diiklankan di portal Lazada. Pihak Lazada Malaysia tidak mengecewakan saya kerana menghantar produk yang betul.



Meja katil ini tidak memerlukan ruang yang besar dan boleh disorok di bawah katil. Ini adalah kerana kaki meja ini boleh dilipat membolehkan penjimatan ruang apabila tidak digunakan.

Bahan yang digunakan untuk membuat meja ini daripada kayu yang berkualiti. Ia bukan dibuat daripada habuk kayu yang biasa di gunakan untuk membuat meja ofis yang akan mengembang apabila terkena air. Jadi tidak rugi untuk mendapatkan meja kecil ini.

Perkara yang paling best, anak-anak saya selesa belajar. Mereka tidak perlu lagi merungut tidak selesa belajar di meja belajar yang tinggi atau menulis bermejakan lutut mereka juga tak perlu meniarap semasa membuat kerja atau mengulangkaji pelajaran.

Kalau anda juga berminat mendapatkan meja kecil ini, pergi ke laman Lazada Malaysia dan taip kata kunci 'Portable table' di carian Lazada.

Terima kerana membaca review express ni. Segala bahasa yang tidak difahami sila maafkan.

Post a Comment