Baru-baru ini saya membeli Grip Bar Clamp jenama Irwin di Lazada Malaysia dengan harga RM120 tidak termasuk kos pengangkutan. Saya membeli Grip Bar Clamp sebab digunakan untuk membantu saya dalam pertukangan. Nak harap si anak kecil membantu pegang tak sampai hati, lagi pun tenaganya tidaklah sekuat mana. Jadi sebagai penyelesaian saya mendapatkan benda ni. Saya mendapatkan Irwin Quick Grip Bar Clamp di Lazada Malaysia kerana saya tidak ada masa pusing-pusing di bandar untuk mencarinya. Lagi pun keadaan di bandar sangat sesak kerana wagra kota dan desa sibuk berbelanja untuk persediaan sambutan Hari Raya yang akan di sambut tak lama lagi.
Membeli Irwin Grip Bar Clamp merupakan keputusan yang terbaik memandangkan saya bertukang secara sendirian. Tanpa bantuan apa-apa peralatan tentu amat sukar bagi saya untuk membuat kerja dengan baik dan lancar.
Clamp ini sangat bagus. Ia mudah digunakan seperti mengetat dengan mudah. Mengetatkan clamp ini tidak memerlukan tenaga yang banyak seperti clamp yang diputar untuk mengetatkannya. Untuk melonggarkan clamp ini juga sangat mudah. Hanya menekan kuncinya maka clamp akan longgar dengan serta merta.
Clamp ini boleh digunakan untuk mengetatkan sama ada di bahagian luar iaitu menjepit dan bahagian dalam iaitu menolak. Jadi dengan hanya satu alat ini anda boleh gunakan untuk dua fungsi. Harap penjelasan ini dapat difahami. Anda juga boleh menonton video di youtube fungsi-fungsi Irwin Quick Grip Bar Clamp.
Menyentuh soal harga, ia sedikit mahal tetapi jika dikira dari kualiti clamp ini, ia sangat berbaloi untuk dimiliki. Jika anda individu yang suka melakukan projek kecil-kecilan di rumah, saya sangat rekomenkan untuk mendapatkan Irwin Quick Bar Clamp.
Post a Comment