Hari ini saya menerima bungkusan dari Lazada. Rupanya sama seperti yang mereka iklankan. Ini bermakna saya menerima produk yang betul. Sebaik sahaja magic saw yang saya beli di atas talian sampai ke tangan saya, saya menyediakan kayu beruti dan paku. Saya tidak dapat menyediakan kaca dan seramik untuk digunakan menguji kemampuan magic saw.
Ujian pertama iaitu memotong kayu beruti. Hasil daripada ujian, saya sangat berpuas hati dengan kemampuan Magic Saw untuk digunakan memotong kayu. Magic Saw sangat tajam membolehkan saya dapat memotong kayu dengan cepat.
Ujian kedua pula iaitu memotong paku iaitu dengan meniru seperti dalam video iklan mereka. Saya menguji dengan memotong paku 3 inci. Pertama saya pacakkan paku pada sebatang beruti bagi memudahkan saya memotong paku tersebut. Hasil daripada ujian memotong paku, saya boleh katakan ia jauh lebih bagus berbanding dengan gergaji besi yang biasa digunakan untuk memotong besi. Dengan menggunakan Magic Saw, saya dapat memotong 3 batang baku 3 inci tidak sampai 20 saat.
Secara peribadi saya sangat berpuas hati dengan Magic Saw ini. Ini bermakna saya sangat beruntung kerana mendapatkan produk ini. Hanya satu box, saya boleh menggunakan Magic Saw saya untuk pelbagai kerja seperti memotong kayu, memotong papan lapis, memotong besi, dan memotong seramik. Jika anda berminat untuk mendapatkan Magic Saw ini pastikan yang original dari Korea sebab saya dapati banyak benda sama dijual di internet tetapi bukan buatan Korea. Bagi yang suka bertukang sendiri, saya sangat menyarankan Magic Saw untuk membantu melancarkan projek anda.
Bagai mana mendapatkan Magic Saw? Pergi ke Lazada Malaysia kemudian taip kata kunci 'magic saw' dalam carian. Anda akan melihat produk Magic Saw yang ditawarkan dan pilihlah tawaran yang hebat kerana umpama kedai, produk sama tetapi harga tidak sama.
Post a Comment