Viral tentang telur boleh berdiri semasa gerhana matahari minggu lepas kononnya disebabkan kesan gerhana matahari. Saya pun percaya telur berdiri itu adalah kesan gerhana matahari malah sudah bertahun-tahun saya mempercayainya walaupun saya sendiri tidak pernah melakukannya. Sains sangat la konon..

Kena tipu dahhh..

Selepas beberapa hari gerhana matahari berlalu, saya melakukan aktiviti suka-suka iaitu melihat kesan ekuinoks pula terhadap telur. Hasilnya telur itu boleh berdiri tegak. Wahh..ini penemuan terbaru daripada orang kampung bahawa telur boleh berdiri apabila kepanasan melampau. Saya begitu teruja kongsikan fenomena pengaruh ekuinoks terhadap telur di grup whatsapp lalu dibalas oleh rakan-rakan bahawa terung pun pandai berdiri terutama pada waktu subuh. Hahaa.. mengarut betullah.


Gambar yang diambil pada hari berbeza
iaitu pada 14 dan 15 Mac. 
Lokasi : belakang rumah
Tujuan : Saja mau lihat pengaruh ekuinoks
terhadap telur



Telur berdiri dalam rumah
Lokasi : Ruang Tamu Rumah
Masa : 6.58 pm





1 Comments

  1. Assalam...nak tnya telur mentah ke yang dh rebus dan dalam bilik aircond, telur boleh tak didirikan? Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment