Biasanya orang akan menyamakan manusia seumpama ini sebaigai haiwan tetapi sebenarnya haiwan jauh lebih bagus daripada manusia yang membuang anak. Manusia yang melakukan perbuatan terkutuk patut disamakan dengan syaitan kerana belum ada rekod baik yang dilakukan oleh syaitan.
Berbanding dengan haiwan, haiwan jauh lebih bagus berbanding manusia yang sanggup membuang bayinya sendiri. Tidak keterlaluan ibu yang sanggup membuang bayi sesuai digelar syaitan atau iblis.
KASIH sang ibu adalah kasih yang tersemai selama-lamanya buat sang anak, momen itulah yang berlaku tatkala seekor singa laut 'mengenangi' kematian sang anak.
Kejadian yang berlaku di pantai San Diego, Amerika Syarikat baru-baru ini berjaya dirakamkan bagaimana detik kesedihan sang ibu yang jelas kelihatan menangis selepas anaknya mati dipercayai kerana dilahirkan par-matang.
Sementara itu, dalam rakaman itu memperlihatkan, sang ibu cuba 'membangkitkan' si anak beberapa kali sambil menangis, ternyata perasaan ibu itu membuatkan perakam video itu Andrea dari kumpulan 'Wildlife' sebak dan pilu dengan apa yang berlaku.
"Saya kembali ke pantai pada hari berikutnya dan mendapati sang ibu kekal dengan bayinya semalaman," kata Andrea.
Video yang berdurasi lebih dua minit itu kini telah ditonton lebih 800,000 kali setakat ini dan telah menjadi viral di media sosial.- Dailymail.Uk.Com. -Sinarharian


Post a Comment