Sejak kebelakangan ini banyak kes individu mati ditembak di Malaysia tanpa diketahui pelakunya. Pihak polis hanya berjaya menyelesaikan sebilangan kecil kes tembak dan selebihnya menemui jalan buntu.
Berdasarkan kes mati ditembak ini sudah cukup membuktikan bahawa Malaysia mempunyai pembunuh upahan yang cukup professional. Setakat ini hanya kes tembak mati pengasas AmBank yang berjaya diselesaikan walaupun bukan secara total.
Timbalan Ketua Pengarah Kastam mati ditembak
Pada 26 April 2013, Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Datuk Shaharuddin Ibrahim mati ditembak dipercayai oleh dua lelaki bermotosikal sewaktu beliau dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya.Pegawai ketiga tertinggi dalam Kastam yang mengetuai Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri itu dipercayai diekori oleh dua suspek yang menaiki motosikal lebih kurang pukul 8 pagi di Lebuh Wawasan dari arah Dengkil.
Guru Penolong Kanan mati ditembak
Pada 9 Julai 2013, Seorang guru dari Sekolah Rendah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok maut terkena tiga dari empat das tembakan yang dilepaskan oleh individu yang tidak di kenali berhampiran sekolah tempat beliau mengajar.Mangsa dikenali sebagai Hashim Mat Zin, 43 tahun dari Bachok, Kelantan.Menurut Ketua polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, mangsa merupakan guru penolong kanan hem di sekolah berkenaan.
Guru mati ditembak
Pada 19 Julai 2013, Seorang guru lelaki berusia 45 tahun maut ditembak ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat simpang empat Keladi yang menjadi laluannya untuk mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Brapit, Bukit Mertajam Pulau Pinang.Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.20 tengah hari. Mangsa yang memandu kereta jenis Toyota Wish dan tinggal di Taman Bidara keluar rumah seperti biasa untuk ke sekolah. Apabila sampai di lampu isyarat simpang empat Keladi, mangsa menghentikan kenderaan dipandunya sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali dari arah belakang kereta dengan menunggang motosikal. Sebaik sahaja berada di sebelah mangsa, seorang daripada lelaki itu melepaskan tembakan dipercayai menggunakan pistol dan mengenai mangsa.
Pengasas AmBank mati ditembak
Pada 29 Julai 2013, Pengasas AmBank Group, Hussain Ahmad Najadi ditembak mati di tempat letak kereta.Isteri beliau turut ditembak tetapi terselamat. Insiden itu berlaku pada kira-kira pukul 1.30 petang di tempat letak kereta dekat kuil di Lorong Ceylon. Menurut polis, Hussain, 75, sedang berjalan menuju ke kenderaannya apabila suspek melepaskan tembakan terhadap beliau dan isterinya yang merupakan rakyat Malaysia.
Ahli perniagaan mati ditembak di Sabah
Pada 4 Ogos 2013, Seorang ahli perniagaan dari Kuching, Sarawak dilaporkan maut selepas ditembak di kawasan letak kereta di hadapan sebuah restoran di Beverly Hills, Penampang Sabah.Mangsa yang dikenali sebagai Teong Choon Kwong, 44, seorang pengusaha pusat peranginan Dinawan (di Sabah) terkena satu das tembakan di bahagian rusuk kanannya.Dalam kejadian 10.30 malam itu, mangsa yang baharu keluar dari restoran dikatakan sedang bertelefon apabila sebuah kenderaan kecil berwarna putih merapati kawasan letak kereta itu dan melepaskan tembakan menggunakan 'shotgun' dari jarak dekat.
Lelaki mati ditembak di George Town
Pada 8 Ogos 2013, seorang lelaki berumur 37 tahun mati ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Anson di sini kira-kira pukul 11.50 pagi.Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mangsa Veerappan Kanapathi meninggal dunia di dalam kereta BMW warna hitam yang memiliki plat pendaftaran Kuala Lumpur selepas ditembak oleh dua orang lelaki bermotosikal yang salah seorang daripadanya berasal dari Ayer Itam. Polis menjumpai 14 kelonsong peluru 9mm di sebelah tempat duduk pemandu.
Penjual ikan mati ditembak
Pada 24 Ogos 2013, seorang penjual ikan ditemui mati dengan tujuh das kesan tembakan di kawasan pam pasir dekat Kampung Buntut Pulau di sini malam tadi.Mayat Abd Majid Abd Rahman, 47, ditemui orang awam yang melalui kawasan itu pada 9.05 malam.Mangsa dipercayai ditembak dari jarak dekat.
Ketua Penguatkuasa JAIP mati ditembak
Pada 10 Nov 2013, Ketua Pegawai Penguat Kuasa di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.Kejadian kira-kira pukul 1.55 petang itu mengakibatkan mangsa yang berusia 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di dada kanan dan kerongkong.
Bekas Pengerusi DAP mati ditembak
Pada 21 Februari 2014, Bekas Pengerusi DAP Kampung Jering mati akibat di tembak di bahagian badan, tangan dan dada di depan rumahnya di Kampung Jering, Ayer Tawar di sini malam Rabu. Mangsa yang dikenali sebagai Wong Kong Ting, 56 yang mengalami pendarahan teruk disahkan meninggal dunia di Hospital Manjung. Dalam kejadian pukul 10.13 malam itu, isteri mangsa terdengar bunyi satu letupan di luar rumah yang disangkakan mercun sebelum melihat suaminya terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
Pengusaha kelab malam mati ditembak
Pada 21 Jun 2014, Seorang pengusaha dan pengurus kelab malam mati ditembak dalam satu kejadian di Jalan Permas 10, Permas Jaya.Kejadian berlaku pada pukul 2.15 pagi, lelaki berumur awal 40-an dan dikenali sebagai Kessu itu ditembak mati oleh suspek yang menaiki motosikal.Mangsa yang memandu Toyota Harrier berwarna putih berhenti di depan sebuah lori kecil penjaja untuk memesan makanan dan ketika itu dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal berhenti di belakang kenderaannya.
Pesara guru mati ditembak
Pada 10 Ogos 2015, Seorang pesara guru maut dipercayai terkena tembakan dari jarak jauh dalam kejadian di kawasan rumahnya di Kampung Padang Midin di sini pada kira-kira pukul 7.15 pagi.Ketua polis daerah Kuala Terengganu berkata hasil siasatan awal di tempat kejadian, pihaknya tidak menjumpai apa-apa kesan termasuk kelonsong peluru. Mangsa, 56, bersara sebagai guru Mei lepas, dan membuat kerja sambilan sebagai kontraktor binaan.
Lelaki parah ditembak
Pada 8 Oktober 2015, Seorang lelaki cedera parah ditembak dari jarak dekat di Kampung Bukit Merah, Permatang Pauh di sini, hari ini. Yap Kang Hee, 27, ditembak ketika menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya pada pukul 5.20 petang.
Bekas ADUN mati ditembak
Pada 9 Oktober 2015, Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat, Alias Abdullah, 51, mati ditembak di rumahnya di Kampung Alor Limbat. Beliau ditembak di kepala sebaik membuka pintu yang diketuk oleh individu yang tidak dikenali.
Peniaga pasar malam mati ditembak
Pada 15 November 2015, Seorang peniaga air pasar malam maut terkena tiga das tembakan di Kampung Pengkalan Petah, Bachok.Mangsa dikenali sebagai, Alias Yusof yang berusia 58 tahun.Ketika kejadian, mangsa baru menutup gerai menjual air bersama isterinya, di pasar malam kampung tersebut dan menaiki motosikal bersama anaknya untuk pulang. Beliau kemudian ditembak oleh individu yang juga menaiki sebuah motosikal.
Pengusaha restoran nasi kandar mati ditembak
Pada 11 Februari 2016, Seorang pengusaha restoran nasi kandar dan pusat mencuci kenderaan ditembak mati di Jalan Dato Keramat.Mangsa, Syed Amen Jainul Abidin, 46 tahun, ditembak dari jarak dekat ketika berada di dalam kereta Mercedes Benz miliknya yang berhenti di depan sebuah pusat pameran motosikal berkuasa tinggi Ducati, kira-kira jam 3.30 pagi. Mangsa diekori sebuah motosikal yang dinaiki dua orang dipercayai pembunuh upahan. Salah seorang daripadanya turun dan melepaskan enam das tembakan, lima mengenai badan dan kepala mangsa manakala satu das tersasar.
Ahli Perniagaan Mati ditembak
KOTA KINABALU - 15/04/2-16 : Dua lelaki ditemui mati di dalam sebuah kereta Jenis Toyota Land Cruiser dipercayai terkena 8 das tembakan daripada dua suspek menaiki motosikal di Jalan Kolam, Luyang di sini kira-kira jam 7.35 pagi tadi.
Post a Comment