Cerita Tahun Lepas..

Awal bulan Disember saya dan keluarga akan ke Kuala Lumpur. Keberangkatan ke Kuala Lumpur adalah kerana saya akan menghadiri Majlis Konvokesyen yang akan di adakan di MAEPS. Tiket pergi balik kapal terbang semua sudah beli, tinggal tempat tinggal yang belum beres. Suatu petang kawan saya whatsapp yang dia sekeluarga akan menginap di Hotel Sentral. Dia sudah tempah secara online kerana tempahan secara online lebih murah. Saya pun turut menempah bilik di Hotel Sentral bermula 8-15 Disember.

Tiba pada waktunya, saya sekeluarga dan kawan saya terbang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke dari lapangan terbang KLIA ke Hotel Sentral, saya tertanya-tanya bagaimana keadaan hotel, akses pengangkutan awam, restoran dan dobi. Ini merupakan sebenarnya keperluan saya sepanjang berada di hotel itu nanti. Secara jujurnya walaupun saya sudah beberapa kali ke Kuala Lumpur tetapi saya tidak pernah menginap di Hotel Sentral.Biasanya menginap di Hotel Citin di Masjid Jamek.

Setibanya di Hotel Sentral, saya benar-benar berasa tidak rugi menginap disana kerana semua keperluan yang saya kehendaki boleh diakses dengan mudah.

Sesuai dengan namanya Hotel Sentral, bangunan hotel ini benar-benar di tengah-tengah jaringan pengangkutan. Bangunan KL Sentral merupakan pusat jaringan pengangkutan seperti teksi, RapidKL, Monorel, KTM.

Hotel Sentral juga berhampiran dengan pusat membeli belah iaitu Nu Sentral. Jika malas pergi membeli belah di Sogo ataupun di Berjaya Times Square, Nu Sentral juga dapat memenuhi keperluan anda. Saya biasanya, selepas balik dari Sogo atau Berjaya Times Square, saya akan singgah di Nu Sentral sekadar membuang masa.

Jika anda tinggal lama di Hotel Sentral, anda memerlukan dobi. Hotel Sentral menyediakan dobi tetapi bayarannya sangat mahal. Dibarisan Hotel Sentral terdapat kedai dobi yang diusahakan oleh Persatuan Orang Pekak kalau tak silap saya. Harga yang ditawarkan bergantung kepada berat pakaian yang anda cuci dan bukan kira helai seperti di Hotel Sentral.

Jika anda tidak sanggup bayar makanan di Hotel Sentral, usah risau kerana berhampiran dengan hotel ini terdapat banyak restoran Cina, Melayu, dan India. Hargapun jauh lebih murah berbanding harga makanan di Hotel Sentral.

Dari segi kebersihan hotel tidak perlu saya pertikaikan.. Kebersihan Hotel sentral sangat memuaskan bagi saya. Kalau bilik anda kotor itu tandanya anda banyak membeli belah sehinggakan plastik memenuhkan tong sampah bilik hotel anda.

Kakitangan Hotel Sentral juga sangat mesra terutama sekali kakitangan yang berpakaian kuning. Mereka sentiasa melayan permintaan kita apabila diperlukan tetapi janganlah cerewet sangat. Jangan lupa cakap terima kasih apabila mereka melayani anda supaya mereka rasa dihargai.. betul ba kan..

Kalau saya ada peluang lagi ke Kuala Lumpur, Hotel Sentral akan menjadi pilihan saya kerana semua yang saya perlukan ada berhampiran dengan hotel ini.



Post a Comment