Gambar Hiasan |
Tempahan
Zaman IT ni semua boleh tempah secara online. Menempah tiket penerbangan secara online sangat memudahkan. Laman web Malindo Air juga sangat mesra pengguna. Saya sendiri menempah tiket Malindo Air secara online. Masa melakukan tempahan, semua saya tempah termasuk tempat duduk dan makanan. Memandangkan saya terbang pada waktu tengah hari jadi saya tempah makanan untuk dua orang anak saya. Orang tua boleh tahan jadi boleh jimat sikit. Faham-fahamlah harga makanan dalam pesawat.
Saya memilih Malindo Air sebab penerbangan ini sama seperti MAS iaitu memberikan penumpang bagasi percuma sebanyak 30kg. Pergi bercuti, pulang mesti bawa banyak barang sama ada untuk kegunaan sendiri mahupun buah tangan untuk keluarga.
Harga tiket Malindo Air juga murah berbanding dengan MAS dan Air Asia pada masa saya tempah antara sebab saya pilih Malindo Air.
Pengalaman Bersama Malindo Air
Semasa di ruang menunggu berlepas, saya terdengar beberapa panggilan untuk penumpang tetapi tidak jelas kerana saya duduk di belakang sekali. Speaker di KLIA2 tidak berapa jelas pada masa itu. Saya cuma melihat beberapa orang masuk ke dalam perut pesawat. Saya abaikan sahaja panggilan-panggilan tersebut sebab saya tengok penumpang lain masih releks bermain-main dengan telefon.
Pengumuman seterusnya, penumpang yang duduk dekat pintu masuk berdiri. Penumpang yang duduk jauh di belakang turut berdiri. Saya pun turut berdiri walaupun saya tidak dengar sebenarnya apa yang diumumkan. Tanya isteri pun cakap tidak jelas. Tanya penumpang sebalah pun main agak, mungkin panggilan masuk ke kabin katanya. Ingatkan telinga saya dan isteri saya tersumbat dengan taik telinga.. rupanya penumpang lain pun tak dengar pengumuman yang disampaikan. Ohhh.. nampaknya speaker di KLIA2 perlu diperbaiki. Bukan salah Malindo Air laaa..
Sampai giliran saya dan keluarga di tempat pemeriksaan tiket dia tanya sama ada saya tempah duduk. Saya jawab ya. Rupanya tempah tempat duduk secara online ada keistimewaan tetapi speaker punya pasal, saya dan keluarga jadi tak istimewa tapi tak apa saya tidak marah dengan Malindo Air.
Bagus juga naik tambang murah Malindo Air ini. Walaupun tambang murah tetapi mereka masih boleh bagi minuman free dan biskut. Kira bagus berbanding dengan penerbangan tambang murah lain. Dia punya krew pun sangat mesra pengguna, selain pakaian mereka juga sangat sopan.
Jika ada bertanya berbaloikah naik Malindo Air? Jawapan saya semestinya Ya. Sebelum saya melakukan tempahan pun saya sudah risik-risik dengan kawan-kawan yang pernah naik Malindo Air. Kebanyakan bersetuju Malindo Air sangat berbaloi. Kebetulan pula masa penerbangan pulang sesuai dengan masa yang saya kehendaki, saya tidak berfikir panjang lagi menggunakan penerbangan Malindo.
Buat pengembara yang belum pernah menggunakan khidmat Malindo Air dan masih ragu-ragu dengan penerbangan ini, saya boleh katakan anda tidak akan menyesal tetapi awan tidak selalunya cerah. Macam diri kita ada kalanya hilang mood. Mungkin.. anda berhadapan dengan krew kabin yang kurang menyenangkan... palis-palis kata orang Sabah.
Post a Comment