![]() |
Cikgu Rahman dan Igu Fran |
Sebaik sah dalam jawatan pada tahun 2000, saya memohon melanjutkan pelajaran ke universiti IPTA tetapi tidak nasib tidak menyebelahi saya. Saya tidak berputus asa walaupun permohonan pertama gagal. Lebih kurang 10 tahun saya berulang kali memohon melanjutkan pelajaran yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan dengan kerjasama OUM tetapi tidak pernah berjaya. Inilah nasib saya sabagai guru Opsyen Pengajian Bahasa Melayu semasa di Maktab Perguruan.
Pada 2008, Program Khas Pensiswazahan Guru diperkenal dan dilaksanakan menggunakan Mode Kursus Dalam Cuti (KDC) merupakan harapan untuk melanjutkan pelajaran tetapi harapan tinggal harapan. Walaupun begitu saya tetap setia menunggu tawaran tahun demi tahun. Setiap kali ada tawaran saya tidak pernah terlepas daripada mengisi borang.
Pada 2010, Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru(PPG) Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ). Saya tidak ketinggalan untuk mengisi borang permohonan untuk mengikuti program pensiswazahan yang ditawarkan.
Akhirnya pada Jun 2011, saya berjaya ditawarkan mengikuti Program PISMP-PJJ di IPG Kampus Tawau dalam Pengajian Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. Sedikit terkejut kerana tidak ditawarkan dalam Pengajian Bahasa Melayu tetapi saya gembira kerana ia berkaitan juga dengan subjek yang saya ajar pada masa itu.
Hari ini 15 Disember 2015, saya akhirnya dianguerahkan Ijazah. Terima kasih kepada semua pensyarah IPG Kampus Tawau.
Post a Comment