Saya sebenarnya memiliki dekoder kedua daripada adik saya yang bersebelahan rumah dengan saya. Pastinya channel kartun tidak terlepas daripada pakej langganan. Malangnya saya tidak berapa suka dengan channel kartun kerana melekakan anak saya yang gemar sangat menonton kartun. Tambahan pula apabila anak-anak menonton kartun, saya tidak ada peluang menonton channel yang saya gemari seperti channel learning.

Tidak tahan dengan situasi seperti ini akhirnya saya mengambil keputusan untuk block channel kartun agar anak-anak tidak menonton secara berterusan channel tersebut. Saya bukannya mengharamkan terus channel kartun ini daripada ditonton cuma menghadkan masa anak-anak menonton. Saya memberikan kebenaran anak-anak menonton kartun pada waktu hujung minggu dan cuti sekolah sahaja. Adalah lebih baik anak-anak menonton channel UPSR daripada menonton kartun bukan?

Saya menghadapi masalah cara memblok channel kartun ni jadi saya mencari carian di google cara-cara memblok channel tertentu. Saya mendapat panduan di sini tetapi malangnya cara agak berbeza dengan paparan di tv saya. Oleh itu saya mencuba sendiri cara mengunci channel tertentu.

Berikut merupakan langkah mengunci channel tertentu untuk paparan astro byond yang baru ;

Tekan Home => Preferences => Parental Control => Password ( 0000) asal => Channel Block => pilih channel yang dilock => home

Selesai..Terima Kasih.



Post a Comment